FACEBOOK PAGE

Saturday 10 January 2015

Gedung My EStore

                               
Gedung My E Store  merupakan cetusan idea saya dan suami.  Kenapa Gedung... kerana impian kami untuk berjaya seperti tauke TESCO, IKEA dan banyak lagi di luar sana .  Namun yang pasti pemilik gedung-gedung besar ini adalah non-muslim.  Ya itulah impian kami.  Ingin meletakkan umat Muhammad S.A.W sebaris dengan tauke-tauke besar non-muslim.   Moga Allah permudahkan usaha-usaha kami dengan pertolonganNya dan menjadikan GedungMyEstore sebagai pengeluar zakat terbesar untuk umat Islam.   In sha Allah. Amin...
 Langkah kami bermula dengan GedungMyEstore yang beropersi secara offline dan online.   Inn sha Allah semoga langkah yang bermula daripada kecil ini mampu untuk pergi lebih jauh untuk bersama-sama umat Muhammad lain yang telah mengeluarkan zakat hasil limpahan rezeki Allah.

GedungMyEstore merupakan pembekal, pemborong dan peruncit untuk produk dari China(buat masa ini).  Kenapa China? Ini kerana kualiti yang baik dan harganya pula adalah mampu milik.  Tidak dinafikan terdapat barangan yang tidak berkualiti seperti yang sering terdapat di pasaran, namun In sha Allah produk yang kami bekalkan  adalah yang berkualiti dengan harga yang berpatutan.

GedungMyEstore kini beroperai di Lot 033 Plaza Serangkai Mas, Jalan Pasar, Pasir Mas, Kelantan.
Jemput datang ke gedung kami andai saudara-saudari, tuan/puan berkunjung ke negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Telefon dulu ya( 017 983 4722)... manalah tahu aral yang tidak pernah diminta... 

Produk 
Produk kami  bergantung kepada permintaan peniaga atau pembeli.  Kami boleh dikatakan seperti GM Klang, Kenanga dan juga GM Chow Kit.  Juga ZALORA atau macam-macam yang seakan ZALORA.  Namun yang berbeza produk kami pelanggan boleh datang lihat sendiri kualiti dan harganya.   Malahan kami juga membekalkan secara borong kepada peniaga-peniaga kecil-kecilan dengan harga yang berpatutan tetapi kualiti barang yang baik.  In sha Allah,




Copyright to GEDUNG MY ESTORE
Designed by UMIESUEstudio 2015